Sidang Media Datuk Bandar MBKT Mengenai Isu Sabasun HyperRuncit Sdn. Bhd.
Pada 3 Disember 2013, YBhg. Dato’ Hj. Adzlan bin Mohd Dagang, Datuk
Bandar MBKT telah mengadakan Majlis Sidang Akhbar berkaitan isu Sabasun
HyperRuncit Sdn. Bhd. YBhg. Dato’ telah memberi penjelasan mengenai
kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat yang mengetahui maklumat
mengenai pusat perniagaan tersebut melalui laman sosial `face book’.
Menurut beliau, penjelasan MBKT adalah perlu memandangkan masyarakat
hanya bersimpati terhadap pusat perniagaan tersebut setelah mendengar
cerita di sebelah pihak sahaja dan menuding jari terhadap MBKT. Melalui
Sidang Akhbar tersebut, YBhg. Dato’ mengharapkan agar masyarakat boleh
memahami keadaan sebenar disebalik luahan cerita di dalam laman sosial
berkenaan. Beliau juga menyarankan supaya pihak Sabasun HyperRuncit Sdn.
Bhd. datang ke MBKT untuk berbincang bagi menyelesaikan kekusutan yang
timbul.
Copyright 2013 © Kuala Terengganu City Council
Terms & Conditions | Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer
Best viewed in IE 7.0 Version & above & Mozilla 2.0 Version and above with 1024x768 resolution
Terms & Conditions | Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer
Best viewed in IE 7.0 Version & above & Mozilla 2.0 Version and above with 1024x768 resolution
No comments:
Post a Comment