![]() |
| Ustaz Amaluddin Yusof |
Amaluddin Yusof anak muda dari Bukit Besi, Dungun mepersoalkan kenapa isu Sabasun ditimbulkan di zaman Barisan Nasional kembali mengambi alih teraju pemerintahan negeri ini sedangan perkara ini berlaku semasa negeri ini bawah pimpinan pembangkang yang dikatakan perjuangkan Islam.
Beliau mempersoalkan " PERSOALANNYA, kenapa zaman pemerintahan PAS
(1999-2004) di Terengganu, Kerajaan Negeri pimpinan Dato’ Seri Abdul
Hadi Awang tidak meluluskan permit kepada Sabasun? Kenapa zaman
pemerintahan PAS, MBKT yang ketika itu dipimpin oleh ADUN PAS Ladang
(YB. Dr. Sulaiman Abdullah, YDP MBKT) tidak meluluskan permit kepada
Sabasun?"
Seterusnya beliau bertanya "KENAPA? Kenapa pada hari ini, pada era pemerintahan Kerajaan BN, Sabasun
menuduh Kerajaan BN sengaja menimbulkan masalah birokrasi, jahat dan
zalim?
PELIK AKU. Kalau x beri lesen, dh lama tutup"![]() |
| Dr. Sulaiman Abdullah |
Menakala David White dalam komennya mengenai isu kenapa PAS tidak luluskan lesen kepada Sabasun semasa memerintah Terengganu dulu mengjangka kemungkinan mereka sibuk ceramah sahaja hingga terlupa nak tolong Sabasu. Katanya " Masa pas perintah dulu mungkin sibuk ceramah hingga terlupa "apa itu tugas wakil pada rakyat"..."
![]() |
| Akta Kerajaan Tempatan 1976 |
Beliau menambah lagi, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Terengganu) 1984 merupakan rujukan kepada Majlis dalam memberi kelulusan dalam menjamin keselamatan pengguna.
Ketika ditanya samada kelulusan lesen Sabasun ini diangkat samada kepada UMNO Negeri, UMNO Pusat, atau Barisan Nasional Negeri atau Pusat untuk pertimbangan kelulusan, pegawai itu menjawab "tidak".
Beliau seterusnya menambah soal kelulusan pelan bangunan dan lesen perniagaan Sabasun adalah soal dalaman Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dalam menjaga amanah yang telah diberikan rakyat kepada mereka.
Semasa PAS mentadbir Terengganu dan wakil rakyat PAS ketika itu menjadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, Majlis juga terikat dengan perkara yang sama. Kelulusan pelan bangunan juga tidak dibawa kepada Presiden PAS untuk kelulusan, ia diproses oleh Majlis sebagaimana sekarang juga tanpa campurtangan politik.
Sepatutnya isu ini tidak disensasikan terutama dari kalangan pihak yang ada ilmu buat pelan bangunan dan tahu bagaimana pelan diluluskan. Oleh itu perkara ini dilihat lebih kepada kepentingan politik kepartian daripada kepentingan awam atau kepentingan masyarakat.
Jika berlaku suatu kemalangan atau mala pertaka yang tidak diingini, pegawai majlis yang akan menjadi mangsa. Pengalaman ngeri dan pahit dihadapi oleh pegawai majlis dan jabatan kerja raya apabila berlaku keruntuhan Stadium Sultan Mizan tidak lama dulu apabila pegawai terlibat di tahan dan disoal siasat oleh SPRM.
Sebenarnya masyarakat telah maklum perkara ini, sekiranya suatu bangunan yang dibina dalam kawasan Pihakberkuasa Tempatan mengikuti segala syarat dan keperluan Jabatan Teknikal yang berkaitan seperti Bomba, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kerjaraya dan lain-lain yang pihak yang berkenaan, sijil layak menduduki akan di keluarkan dan seterusnya pihak majlis akan mengeluarkan lesen-lesen berkaitan.


