Akhbar Online pembangkang Terengganu mengeluarkan kenyataan sensasi yang tidak berasas sama sekali.
Pegawai Majlis Bandaraya yang dihubungi memberitahu " Masalahnya Sabasun di Bukit Kecil tu dia orang buat tambahan pada bangunan tanpa kelulusan majlis (Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) bangunan yang demikian kita tidak keluar lesen".
Beliau menambah lagi, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Terengganu) 1984 merupakan rujukan kepada Majlis dalam memberi kelulusan dalam menjamin keselamatan pengguna.
Ketika ditanya samada kelulusan lesen Sabasun ini diangkat samada kepada UMNO Negeri, UMNO Pusat, atau Barisan Nasional Negeri atau Pusat untuk pertimbangan kelulusan, pegawai itu menjawab "tidak".
Beliau seterusnya menambah soal kelulusan pelan bangunan dan lesen perniagaan Sabasun adalah soal dalaman Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dalam menjaga amanah yang telah diberikan rakyat kepada mereka.
Semasa PAS mentadbir Terengganu dan wakil rakyat PAS ketika itu menjadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, Majlis juga terikat dengan perkara yang sama. Kelulusan pelan bangunan juga tidak dibawa kepada Presiden PAS untuk kelulusan, ia diproses oleh Majlis sebagaimana sekarang juga tanpa campurtangan politik.
Sepatutnya isu ini tidak disensasikan terutama dari kalangan pihak yang ada ilmu buat pelan bangunan dan tahu bagaimana pelan diluluskan. Oleh itu perkara ini dilihat lebih kepada kepentingan politik kepartian daripada kepentingan awam atau kepentingan masyarakat.
Jika berlaku suatu kemalangan atau mala pertaka yang tidak diingini, pegawai majlis yang akan menjadi mangsa. Pengalaman ngeri dan pahit dihadapi oleh pegawai majlis dan jabatan kerja raya apabila berlaku keruntuhan Stadium Sultan Mizan tidak lama dulu apabila pegawai terlibat di tahan dan disoal siasat oleh SPRM.
Sebenarnya masyarakat telah maklum perkara ini, sekiranya suatu bangunan yang dibina dalam kawasan Pihakberkuasa Tempatan mengikuti segala syarat dan keperluan Jabatan Teknikal yang berkaitan seperti Bomba, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kerjaraya dan lain-lain yang pihak yang berkenaan, sijil layak menduduki akan di keluarkan dan seterusnya pihak majlis akan mengeluarkan lesen-lesen berkaitan.

No comments:
Post a Comment