![]() |
| Maliki Mohamad |
Beliau seterusnya berkata "Saya xfaham deme semayang ke tidak? Kalu semayang bakpe lah jahat hati sangat?? Patut tapak MYDIN atau GIANT tu bagi pada SABASUN. Ini tidak, tapak kecik camtu pun nak kira sangat! Saya nak bagitau sikit. Sabasun satu2nye Hypermarket 100% milik Islam. Pekerja semua Islam yang solat je".
Mengikut fakta, tapak Maidin merupakan tanah milik kerajaan yang asalnya sawah padi yang diambil balik dan siap ditambun oleh kerajaan Barisan Nasional dan telah tidak diberi oleh kerajaan PAS ketika itu kepada Sabasun, sebaliknya diberi kepada Mydin dengan kroni mendapat projek membina bangunan pasaraya berkenaan.
Seterusnya beliau menghina pekerja bangla dan Indon dengan menggunakan penjodoh bilangan yang digunakan kepada binatang ia itu seekor dengan berkata "Sekor bangla ke Indon pun tadok."
Maliki seterusnya membanding pertolongan kepada vendor melayu bebanding dengan Mydin dan Giant dengan berkata "Nak kabo lagi. Kalu vendor yang supply barang pada dia, dia sangat2 membantu. Ada keadaan, Hantar barang, SABASUN bayar terus. barang tak laku lagi. Punye dia nak bantu orang melayu kita. Cuba tanya GIANT ngan MYDIN? boleh tolong orang melayu gitu? Tu sebab berkat niaga dia."
Selain daripada menuduh bandaraya rahsuah, Maliki juga menuduh bandaraya bengong dengan berkata " Hanya BANDARAYA je yang bengong? Mung sume bangse amende heh?"
Disamping tuduhan rahsuah dan bengong, Maliki juga menuduh MBKT dok reti basa dengan berkata " Nok kata cina, kulit macam ambe belaka.. Tolong lah reti base skit wahai warga Bandaraya."Bila lagi mu nok berjasa sesama Islam??"
Datuk Bandar, Datuk Azlan Dadang telah dicabar oleh Maliki supaya bertanggung jawab menyelesai isu ini dengan berkata " Datuk Bandar kena bertanggung jawab dalam hal nie. Sama2 kita tengok ape keputusan deme".
Tidak puas dengan menuduh MBKT dan Datuk Bandar, Menteri Besar juga diheret sama dengan difitnah "Nok harap Mat Said dok rok cetong. Dia sibuk kira duit je, dok bagi ngan AGU dia tu.."
Sementara itu Seth Sulaiman menyangkal isu ini sebagai isu menghalang orang melayu berniaga, katanya " MBKT kata isu Sabasun ini adalah kesalahan Sabasun buat bangunan tambahan tanpa kelulusan MBKT. Sememangnya, Sabasun telah beroperasi lebih 12 tahun tanpa diarah berhenti kerana tidak langgar undang2. Nampak2nya , ini bukan isu sensasi orang melayu dihalang berniaga atau ditindas; lebih kepada isu tidak patuh peraturan yang boleh diselesai dengan MBKT InsyaaAllah. Namun, undang2 dan peraturan wajib patuh untuk kesejahteraan semua."
Salaman Farisi pula mengharapkan perkara diselesaikan secara suasana menang-menang dengan mencadangkan "Jika tidak diselubungi oleh rasa ego masing-masing, insyaallah ada jalan keluar. Carilah jalan "win-win situation" demi perniagaan bumiputera yang mana di premis itu ramai pekerja dan pengguna memperolehi rezeki untuk keluarga masing-masing. Bermuafakatlah untuk mendapat berkat. Jika SABASUN 2 terpaksa ditutup, kita semua akan rugi khasnya ahli masyarakat di situ. Fikirlah secara luas sikit"

No comments:
Post a Comment