Friday, May 23, 2014

Politik Terengganu kembali stabil

Biduk lalu kiambang bertaut, begitulah terjadi kepada politik negeri pantai timur yang telah lebih 6 tahun bergolak.

Pada asasnya kerajaan baru yang ditubuhkan di bawah pimpinan Rajif pada malam 12.5.14 hanya bertahan hingga kesubuh sahaja apabila adun kijal, ajil dan bukit besi istihar keluar parti pada tengah malamnya serta oermintaan kepimpinan untuk bubar dewan jesokan paginya.

Kesediaan ketiga-tiga adun kembali semula kepada umno dengan perjanjian dan akujanji telah menyelamatkan Rajif terus menjadi MB.

Penunaian dan akujanji kepada adun terlibat merupakan kunci kepada kekalnya kerajaan yang baru dibentuk ini.

Kemarau panjang melanda Terengganu

KUALA TERENGGANU - Musim kemarau berpanjangan yang melanda Terengganu ketika ini telah menyebabkan kemasukan air masin ke muka sauk Loji Rawatan Air Losong kerana paras air sungai lebih rendah dari paras air laut.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) Husain Embong berkata, menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) bahawa musim Monsun Barat Daya iaitu musim kering bermula pada pertengahan Mei yang berterusan hingga September ini.

"Jadi kesan fenomena itu telah dirasakan di daerah ini apabila paras air pasang yang tinggi telah menyebabkan berlaku kemasukan air masin ke muka sauk Loji Rawatan Air Losong," katanya kepada Bernama di sini hari ini. 

Dalam keadaan normal bacaan paras kepekatan garam dalam kualiti air mentah berada di bawah 50 PPM (bahagian per juta), kata Husain.

Beliau berkata, mengikut piawaian antarabangsa dan Kementerian Kesihatan, apabila paras bacaan kepekatan garam dalam kualiti air mentah melebihi 250 PPM, proses rawatan air perlu dihentikan. 

Namun katanya, SATU masih meneruskan operasi loji itu bagi memastikan bekalan air dapat diterima oleh pengguna secara berterusan walaupun rasanya kurang selesa.

Beliau berkata, bekalan air dari Loji Rawatan Air Losong disalurkan kepada hampir 200,000 pengguna melibatkan kampung-kampung seperti Losong, Durian Burung, Paloh, Pulau Rusa dan beberapa desa di sekitarnya. 

Katanya, SATU sentiasa berusaha dan sedang memantau secara rapi perkara ini dan proses rawatan air dikurangkan pada paras kepekatan garam dalam air mentah yang tinggi.

Menurutnya lagi, SATU juga sedang berunding dengan Stesen Janakuasa Elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) Tasik Kenyir untuk melepaskan kuantiti air lebih banyak bagi mengimbangkan paras kepekatan garam dalam air mentah di muka sauk. 

"Namun perkara ini agak sukar dilakukan kerana ianya bergantung kepada pengoperasian empangan dan penjanaan tenaga oleh TNB," katanya. 

Beliau berkata, SATU tidak boleh menentukan atau menjangkakan tempoh ketidak selesaan pengguna  kerana ianya adalah di luar kawalannya dan bergantung kepada faktor cuaca.

Hanya bekalan air dari Loji Rawatan Air Losong sahaja yang menghadapi masalah ini sementara operasi pembekalan air di daerah-daerah lain masih stabil dan berjalan seperti biasa samada dari segi kuantiti dan kualiti air yang dibekalkan, katanya.

Loji Rawatan Air Losong mengeluarkan air sebanyak 33.2 juta liter air sehari dan ia beroperasi 24 jam tanpa henti bagi membekalkan air terawat kepada pengguna dengan selesa. - Bernama

Thursday, May 22, 2014

Beberapa adun Terengganu mengalami masalah kesihatan yang memungkinkan MB bakal bertukar lagi

MB Terengganu bakal bertukar lagi dalam masa terdekat apabila beberapa orang ADUN mengalami masalah kesihatan.

Terdahulu ADUN Kuala Besut Dr. Rahman Mokthar telah meninggal dunia yang membawa kepada prk kuala besut yang memihak kepada BN. Sekiranya BN kalah dalam PRK Kuala Besut bermakna kedudukan dalam DUN Terengganu menjadi 16 : 16 yang akan samada membawa kepada proses penggiliran MB yang mana PAS akan memegang separuh penggal dan BN akan memegang separuh penggal atau pilihanraya baru bagi negeri Terengganu diadakan bagi mendapatkan mandat baru daripada rakyat.

Kini dilaporkan beberapa orang adun mengalami masalah kesihatan yang boleh membawa kepada prk yang membawa implikasi pertukaran menteri besar.
Adun Ajil merupakan guru yang sangat liat untuk masuk kelas, pernah ponteng mengajar dengan tidur didalam store
Tengku Kamarul Azli

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib, adalah salah seorang exco yang letak jawatan dan sekaligus keluar parti mengikut waris beliau. Pada saya beliau bukanlah pemimpin yang baik dan jujur. Rekod lampau beliau sangat tidak bagus dan tidak sesuai untuk menjadi exco pendidikan...demikian kah exco pendidikan yang tiada pendirian? masuk keluar masuk....semasa di SMKTAI beliau adalah guru yang sangat liat untuk masuk kelas, pernah ponteng mengajar dengan tidur didalam store, ini bukan fitnah...PPD dan guru disitu semua tahu hal ini. Hal hal luaran yang berkaitan dengan hutang pembekal juga menjadi sejarah hitam yg belum selesai, dia dipilih sebagai calon Adun Ajil bukan kehendak rakyat tapi kehendak boss.
Terengganu perlukan seorang exco pendidikan yang betul betul mampu membawa halatuju pendidikan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
— with Juki Al-Sabur and 16 others

Komen Jendela:

Jelaslah umno dibawah Datuk Rajif tidak memerlukan lagi khidmat Ghazali Taib dan Waris beliau? buat apa tunggu lagi, kembalilah mandat kepada rakyat, bagi membolehkan perkhidmatan tuan diganti oleh adun yang setia kepada Rajif.

Wednesday, May 21, 2014


ADUN2 dijangka jumpa PM cadang pertukaran MB bagi selamatkan parti.



Hari pertama menjankan tugas menteri besar, Razif memulakan dengan perlantikan MB2 serta pengurungan susk , ceo tisb dan menamatkan perkhidmatan Pengarah APMT Cikgu Roshali Tahar yang nampaknya sebagai dendam politik.

Menteri besar dilaporkan berkata beliau tiada masalah dengan Pengarah APMT Cikgu Roshali, sebaliknya terpaksa akur dengan kehendak penasihat-penasihatnya yang bekerja keras untuk proes pertukaran menteri besar.

Pengekalan Roshali merupakan permintaan bekas MB kepada wakil PM yang merunding kemasukan semula beliau kedalam parti. Jika pemecatan Roshali diteruskan bermakna Ahmad (bekas mb) tidak mempunyai apa-apa komitmen lagi terhadap pengekalan Razif di kerusi MB.

Razif dilihat menjalankan tugas sebagai boneka kepada empat Ketua Menteri Besar yang sudah dilantik beserta MB2. Justeru menyelamatkan parti, usaha menukar Menteri Besar akan dilakukan oleh beberapa orang wakil rakyat.


Apa kah Ahmad Razif perkecilkan Rozi ?

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan tidak mempunyai masalah jika jawatan itu diberikan kepada orang lain.

“Yang mustahak ialah kita bersama (memperjuang parti). Tak ada masalah. Maknanya, andai kata dilantik sesiapa sahaja menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri hatta Yang Berhormat Rozi (Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat) sendiri pun, kita akan bekerjasama.

“Kita perlukan perpaduan dalam saat-saat begini, lebih-lebih lagi dalam keadaan Terengganu sekarang 17-15 (Barisan Nasional 17 kerusi dan pembangkang 15 kerusi Dewan Undangan Negeri). Jadi, komitmen saya kepada Presiden ialah bagi memastikan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan lebih baik daripada yang sebelum ni," katanya.

Beliau mengulas cadangan yang diutarakan oleh Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia, Ahad lalu yang mengaitkan nama Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai calon yang sesuai untuk jawatan tersebut. (UM)


Saturday, May 17, 2014

'Pemimpin Umno Macam Sarkas' - Prof Madya Dr. Mohammad Agus

KUALA LUMPUR: Konflik Umno Terengganu seperti tergambar pada peletakan jawatan Dato’ Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar dan pengumuman keluar parti tiga Adun lain sehingga 13 Mei lalu disifatkan ahli akademik sebagai “sarkas”.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, penafian pertukaran Menteri Besar (MB) ketika sambutan Ulang Tahun Umno ke-68 mengulang tindakan Perdana Menteri menyangkal tarikh pembubaran Dewan Rak yat pada 2008 lalu.

“Meriah suasana ulang tahun Umno dengan potongan kek dan semangat untuk terus kuat. Tibatiba semalam (12 Mei) MB Terengganu meletakkan jawatan dan digantikan dengan MB baru.

“Macam sarkas sahaja kata-kata pemimpin Umno ini, menafikan hal yang betul-betul akan berlaku.

Mengapa tidak belajar dari pengalaman tahun 2008 dahulu yang akhirnya berlaku tsunami politik?” ujarnya.

Menurut Agus yang juga Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Sains dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, pembubaran Dun di Terengganu perlu dilakukan dengan menyerahkan pemilihan semula kepada rakyat negeri itu.

“Itu yang terbaik untuk menjunjung demokrasi. Kedudukan kerusi di Dun Terengganu sekarang BN 14, Pakatan Rakyat 15 dan Bebas 3.

“Jadikan pengalaman di Perak, Februari 2009 dahulu sebagai pengajaran. Jika tidak mahu pilihan raya atas alasan penjimatan kos, buatlah undi tidak percaya di lantai Dewan,” jelasnya dipetik daripada Facebook beliau.

Pada masa sama, beliau mengingatkan PAS dan KeADILan supaya membiarkan Adun atau Ahli Parlimen dari Umno keluar parti tanpa pujukan dan sogokan.
BN Terengganu Goncang! Ahmad Said dan ADUN Ajil isytihar keluar UMNO... Sekarang 15 - 14 - 3 - 1(Speaker)
Isnin, 12 Mei 2014

Kalut!!! Apa Dah Jadi Dengan DUN Terengganu? 2 Wakil Rakyat UMNO Umum Keluar Parti, Ini Buktinya, Jom Terjah!!!

Keluar UMNO Ahmad Said
Surat keluar parti Datuk Seri Ahmad Said yang diemailkan kepada AstroAWANI.

KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.

Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.


Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepadaAstro AWANI.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.


UMNO Keluar
Surat keluar parti ADUN Ajil, Ghazali Taib yang diemailkan kepada AstroAWANI.

Beliau digantikan oleh ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis angkat sumpah.

Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.

Baki dua lagi adalah calon bebas.




Terkini : Mb Mat Said letak jawatan selaku Menteri Besar.

Pertukaran menteri besar di Terengganu hampir pasti berlaku apabila Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan akan menemui semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional(BN) petang ini.

Menurut sumber, perjumpaan di Hotel Primula, Kuala Terengganu akan berlangsung pada jam 3.30 petang ini.

“ Tengku Adnan akan memberi taklimat kepada semua ADUN BN mengenai perletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said,” katanya... BN kini mempunyai 17 orang ADUN manakala Pakatan Rakyat mempunyai 15 orang ADUN.

Sumber itu menambah, Tengku Adnan akan memaklumkan kepada ADUN BN pilihan istana yang akan menjadi menteri besar yang baru,

Minggu lepas, The Star menyebut dua nama sudah dihantar ke istana untuk menggantikan Ahmad Said iaitu ADUN Seberang Takir, Datuk Razif Abdul Rahman dan ADUN Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar.

Menteri Besar baharu dijangka mengangkat sumpah di Istana Maziah pada hari Rabu kerana esok hari cuti Wesak.

Take Note !!! : MB Terengganu, Tengku Adnan jumpa semua ADUN BN petang ini... Perjumpaan itu diadakan di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada jam 3.30 petang ini... 
  —
Photo: Ahmad Razif diperkenan MB baharu Terengganu - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.
    
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata pelantikan Ahmad Razif bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said itu telah diperkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abdidin.
    
"Adalah dimaklumkan bahawa Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa 12 Mei 2014.
   
"Baginda telah memperkenankan pelantikan Adun Seberang Takir Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa mulai tarikh Yang Berhormat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah rahsia di hadapan baginda," katanya.
    
Najib berkata pelantikan itu adalah selaras dengan Syarat (1) Perkara 10 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dibaca bersama-sama perenggan (a) di bawah Syarat (2) Perkara 14.
    
Ahmad pertama kali dilantik sebagai menteri besar pada 23 Mac 2008 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 9 Mei tahun lepas. - Bernama

#MediaPakatan LIKE✔ SHARE✔ COMMENT✔
☛| www.facebook.com/mediapakatan |☚
☛| www.twitter.com/PRInfoMedia |☚
Media Pakatan Rakyat

MAT SAID NELANG!!!

TERENGGANU | ADUN Kijal (Mat Said) dan ADUN Ajil (Ghazali Taib) isytihar keluar Umno. Kedudukan kerusi DUN Terengganu kini adalah seperti berikut:

BN - 15 kerusi
PR - 15 kerusi
Bebas - 2 kerusi

Situasi ini dipanggil #MatSaidMove atau #LangkahMatSaid.

MAT SAID NELANG!!!

PELETAKAN JAWATAN DALAM POLITIK

KERAJAAN BN TERENGGANU GONCANG!!! Ahmad Said dan ADUN Ajil isytihar keluar UMNO



Bekas MB Terengganu, Ahmad Said keluar UMNO

KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.
 

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta. Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.
 

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.
 

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepada Astro AWANI.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.

Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 daripada 32 kerusi DUN Terengganu.

Baki dua lagi adalah calon bebas.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/bekas-mb-terengganu-ahmad-said-keluar-umno-35714?cp
 
 copy from: http://bjbrigedkibaranbendera.blogspot.com/2014/05/bn-terengganu-goncang-ahmad-said-dan.html

Sunday, January 19, 2014

MB TERENGGANU MENGETUAI DELEGASI KE ANTARTIKA

Walaupun pelbagai kritikan, sindirian dan kata-kata nista terhadapnya, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sudah berlepas dari KLIA kira-kira jam 10.40 malam kelmarin (18 Januari 2014) bagi mengetuai lawatan ke Antartika anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM).

Dalam kenyataannya Rabu lalu, menteri besar itu sudah menegaskan bahawa lawatan kerja selama 15 hari bertujuan membuka laluan untuk membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan bersama Instituto Antartico Chileno (INACH).

Chile akan menjadi tuan rumah kepada delegasi Malaysia yang akan dibawa melawat stesen penyelidikan yang dikendalikan oleh INACH di Antartika.

Kesediaan dan sokongan Kerajaan Negeri Terengganu kepada penyelidikan di Antartika besar maknanya dari segi penyelidikan untuk mengesan dan memantau fenomena alam sekitar di peringkat global seperti penipisan ozon atmosfera, pemanasan global serta perubahan paras laut.

Malah penyelidikan yang amat rapat dengan kehidupan kita seharian - tidak kiralah sama ada di Terengganu atau Malaysia amnya - adalah sesuatu yang amat dibanggakan.

Kesediaan Kerajaan Terengganu melalui kepimpinan Ahmad Said membuka mata banyak pihak kerana Terengganu kini bersama-sama kerajaan.


Malaysia dan rakyat negara ini untuk membongkar misteri saintifik yang tersembunyi di benua sejuk itu. Ia bukan sahaja akan mambawa kebaikan kepada negara tetapi dengan keyakinan Kerajaan Negeri melalui Universiti Malaysia Terengganu (UMT)  untuk menyertai penyelidikan ini membawa suatu era baru dalam bidang akademik dan saintifik di Terengganu.

Kita berharap dengan lawatan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kira-kira 10 hari ke Antartika itu akan memberikan kefahaman saintifik yang berguna kepada beliau.

Pepatah Inggeris mengatakan ‘seeing is believing’ pastinya akan memberikan suatu pendedahan dan kefahaman yang lebih mendalam kepada Ahmad Said.

Pemergiannya ditemani bekas Naib Canselor UMT, Profesor Aziz Deraman dan pastinya akan memudahkan
Menteri Besar untuk mengetahui dengan lebih jelas isu berkaitan Antartika ini.

Mungkin perjalanan agak jauh iaitu Kuala Lumpur – Amsterdam – Santiago (Chile) – Antartika kemudian kembali. Namun kita yakin ia akan mendatangkan manfaat kepada Menteri Besar dan rakyat Terengganu yang jelas akan lebih dekat dengan misteri saintifik di Antartika itu.

Lebih memudahkan usaha ini kerana pada Oktober tahun 2011, Malaysia menandatangani Antarctic Treaty System (ATS) 1959 dan menjadi ahli Madrid Protocol yang memberi rangka kerja bagi pengurusan dan pentadbiran Antartika serta kerjasama antara semua pihak dan ahli ATS.

Penyertaan Malaysia dalam ATS 1959 itu memberi peluang yang sangat luas kepada saintis negara ini untuk menyertai komuniti penyelidikan antarabangsa dalam sains Antartika melalui Badan Bertindak Antartika dan Pusat Penyelidikan Antartika Nasional bertempat di Universiti Malaya sebagai pusat rujukan penyelidikan saintis Malaysia.

Sejak ia dimulakan pada 1999 hingga kini lebih 31 projek penyelidikan dalam beberapa bidang termasuk sains atmosfera, polar mikrobiologi, ekologi, remote sensing, geo sains, dasar dan pengurusan Antartika berjaya dilaksanakan oleh penyelidik negara.

Manakala sebanyak 151 penerbitan saintifik telah dihasilkan dan 105 graduan dan graduan lanjutan telah mendapat latihan dalam program ini. Mungkin ramai daripada belum faham dan mengerti kenapa penyelidikan di Antartika itu penting dan kaitan dengan kehidupan kita seharian, tidak kiranya sama ada di Malaysia atau Terengganu khususnya.

Sedangkan, benua Antartika di Khutub Selatan merupakan makmal asli yang penting dan membolehkan penyelidik untuk mengesan dan memantau fenomena alam sekitar di peringkat global seperti penipisan ozon atmosfera, pemanasan global serta perubahan paras laut.

Untuk lebih meyakinkan bahawa usaha penyelidikan ini memang sesuatu yang akan membawa kebaikan kepada kehidupan manusia khususnya dalam hubungan antara Tropika dan Antartika, inisiatif menubuhkan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan adalah sesuatu yang dinanti-nantikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia (ASM) Dr Ahmad Ibrahim berkata pada 5 Julai 2012, sebuah yayasan akan ditubuhkan bagi mengumpul dana bagi membantu saintis tempatan menjalankan penyelidikan berskala besar di benua Antartika.

Yayasan itu yang dinamakan 'Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan' yang merupakan kerjasama antara kerajaan dengan ASM akan mengumpul dana bagi membina fasiliti penyelidikan negara di Antartika yang akan digunakan saintis tempatan. berkata saintis

Malaysia telah mula menjalankan penyelidikan di Antartika sejak 1999, tetapi terpaksa menumpang fasiliti dan kelengkapan penyelidikan di Pangkalan Scott yang dikendalikan oleh New Zeland.

"Kita telah menyertai Triti Antartika pada 2011 dan kita memerlukan pusat penyelidikan sendiri agar dapat memudahkan saintis negara menjalankan kajian dan penyelidikan khusus untuk kepentingan sains negara," katanya selepas ditemu bual dalam rancangan terbitan Radio 24 di Kuala Lumpur. Katanya sejak 1999 hingga 2010, 62 ekspedisi saintifik telah dilakukan melibatkan 60 penyelidik.



Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada 19 Julai 2012  melancarkan yayasan berkenaan di UMT yang turut dihadiri Ahmad Said serta bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili (Dr Maximus kini Menteri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ). Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Pada majlis pelancaran yayasan berkenaan, Sultan Mizan turut berkenan menyampaikan Anugerah Penyelidikan Antartika Sultan Mizan kepada tiga orang penyelidik iaitu Dr. Wan Mohd Rauhan Wan Hussin (UMT); Dr Chong Chur Wie (Internasional Medical Universiti) dan Abiramy a/p Krishnan (UMT).

Sultan Mizan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah meluluskan penubuhan yayasan berkenaan selain menghargai sokongan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkenaan.

Sultan Terengganu menyatakan kegembiraannya kerana yayasan itu dapat dilancarkan setelah genap tujuh bulan selepas lawatan Baginda ke Antartika iaitu pada November 2011.

Ini membuktikan bahawa wujudnya komitmen serta sokongan ikhlas daripada kerajaan terhadap program penyelidikan Antartika oleh rakyat Malaysia sambil menggesa sektor swasta dan pihak-pihak tertentu menyokong dan bekerjasama dengan yayasan itu dalam usaha untuk meningkatkan penyertaan Malaysia dalam penyelidikan saintifik di Antartika.

Bagi Sultan Terengganu, kewujudan yayasan ini akan memberi ruang bagi pembiayaan penyelidikan di Antartika di samping menyediakan peluang untuk menjalankan penyelidikan saitifik yang bermanfaat kepada manusia.

Malah dalam titahnya, Sultan Mizan berharap lebih ramai lagi terutama penyelidik muda menyertai usaha ini. Lebih menggembirakan apabila yayasan berkenaan turut menerima suntikan dana lebih RM12 juta bagi membiayai penyelidikan Antartika serta aktiviti yayasan itu.


Kerajaan Malaysia telah menyumbangkan RM10 juta dan dana sepadan dengan jumlah maksimum sebanyak RM500,000 setiap tahun manakala kerajaan Terengganu sebanyak RM2 juta dan selebihnya daripada Universiti Teknologi Malaysia (UMT) RM100,000 dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) RM50,000.

Pembabitan UMT dan kesediaan kerajaan Terengganu menaja penyelidikan di Antartika ini adalah era baru bagi negeri ini kerana ia akan mengembang dan mempertingkatkan lagi penyelidikan sains di Antartika serta pembangunan sains global di negara ini.

Keputusan UMT itu sangat dialu-alukan lebih-lebih lagi bersedia menubuhkan unit penyelidikan Tropika-Antartika di bawah Institut Oseanografi dan Sekitaran atau INOS.

Sejauh ini UMT sentiasa memberi perhatian yang serius terhadap pembangunan penyelidikan bagi menyokong perkembangan akademik yang mapan.

Dengan penubuhan INOS oleh UMT itu, ia akan memudahkan kerja menyelaras program penyelidikan melibatkan perbandingan dan interaksi antara tropika dan Antartika.

Selain itu, penubuhan INOS secara tidak langsung menunjukkan komitmen tinggi daripada penyelidik tempatan dan Terengganu dalam menjayakan program berkaitan Antartika selaras dengan pelbagai usaha termasuk Kerajaan Pusat dalam bidang ini.

Malah dengan komitmen dan sokongan kerajaan negeri terhadap penyelidikan sains di Antartika, kita yakin hasil penyelidikan melalui yayasan dan UMT akan menghasilkan pengetahuan baru selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi masyarakat berilmu.

Sultan Terengganu sendiri menyatakan bangganya kerana yayasan ini adalah yang pertama seumpamanya ditubuhkan di negara ini bagi membantu aktiviti-aktiviti penyelidikan sains kutub.

Dr. Maximus turut menyarankan kerajaan-kerajaan negeri,sektor swasta dan individu untuk tampil kehadapan dan bekerjasama dengan yayasan ini bagi menjamin penyelidikian melibatkan perbandingan dan interaksi antara tropika dan Antartika dijayakan dengan jaya dan berkesan.

Amat nyata, saranan Menteri berkenaan diberikan perhatian mendalam apabila lawatan kerja Menteri Besar dan rombongannya itu menjurus kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang dapat menyumbang kepada penyelidikan perubahan cuaca dunia yang semakin tidak menentu.

"Lawatan yang bersifat eksplorasi saintifik itu merupakan susulan daripada lawatan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin ke Antartika pada Oktober 2011 yang mahu melihat lebih banyak universiti tempatan melibatkan diri dalam penyelidikan di benua sejuk itu," kata kenyataan Pejabat Menteri Besar, Rabu (16 Januari 2014) lalu.

Kenyataan itu berkata UMT yang akan mengikuti ekslorasi itu telah meletakkan seorang penyelidik di sebuah stesen di Antartika yang dikendalikan Korea Selatan selama tiga bulan.

Ahmad Said turut memberitahu sidang media pada Rabu lalu, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk menyediakan platform kepada saintis dan penyelidik untuk menjalin kerjasama strategik dengan Chile.

Penglibatan kerajaan Terengganu dalam misi itu menggambarkan sokongan padu terhadap usaha yang dijalankan di peringkat pusat dan global dan lebih penting ia merupakan usaha untuk melahirkan kumpulan penyelidik yang berwibawa dan dihormati.

Menteri Besar dijangka menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara INACH dan YDSM bagi membuka laluan kerjasama dalam bidang penyelidikan di benua itu.

Dengan termeterai memorandum persefahaman itu, diharapkan akan menjadi kenyataan ke arah menubuhkan sebuah stesen kendalian bersama Malaysia-Chile di Antartika.

Ia akan membolehkan lebih ramai pertukaran pelajar dan kakitangan akedemik terlibat dalam penyelidikan di sana," katanya.

Memanglah sesuatu yang di luar jangkawan minda ramai, akan menimbulkan pelbagai pertanyaan. Lebih buruk jika pemimpin pembangkang cuba spin isu ini tetapi menunjukkan 'kurangnya pengetahuan mereka' mengenai isu Antartika ini.

Namun sekiranya apa yang dilakukan itu akan mendatangkan lebih banyak kebaikan kepada rakyat, selain untuk tujuan akademik dan penyelidikan sains, negeri Terengganu dan Malaysia amnya, ia sepatutnya disokong.

Tidak wajar kita menghentam secara melulu mengenai tujuan sebenar ekspedisi Menteri Besar Terengganu itu yang kadangkala menyebabkan kita pula tertanya-tanya, “apakah sesetengah pemimpin dan rakyat kita tidak boleh menerima sesuatu perubahan atau pembaharuan?”

Tidakkah usaha ke Antartika ini membawa Terengganu ke suatu bentuk transformasi pemikiran dan akademik yang menjangkau pemikiran kita, lebih-lebih Antartika yang sering terlindung daripada pemandangan kita, walaupun kita melihat sebuah 'globe'?

Memanglah perbelanjaan untuk ekspedisi dan penyelidikan mahal tetapi sekiranya ia menyumbang kepada kebaikan akademik, penyelidikan dan negara, ia bukan lagi berbentuk  'pengembaraan menjejak seekor peguin atau beruang Polar' sebaliknya menjadi sumbangan besar Terengganu kepada penyelidikan saintifik yang begitu penting kepada alam dan manusia!

Wednesday, January 15, 2014

Ahmad Said Tidak Perlu Berdebat, Dakwa Banjir Di Kemaman Berkebetulan Rakyat Pilih Pakatan Di DUN Cukai.


“Hari ini juga ramai orang  memberitahu bahawa ucapan MB Terengganu tidak menyeleweng kerana memang banjir terburuk berlaku semasa Pas menang di DUN Kijal. "
- Pengundi DUN Chukai,  Hanifa Mat Amin

Benarlah Menteri Besar Terengganu ada menyebut ‘kebetulan pembangkang menanglah di Kemaman maka banjir besar berlaku’?


Kemaman dilanda banjir besar baru-baru ini di mana 80 peratus daripada buminya ditenggelami air. Ia disifatkan sebagai kejadian pertama dalam sejarah daerah itu.



Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan bantuan kepada 19,205 mangsa banjir di negeri ini yang disifatkan sebagai bantuan luar biasa di majlis yang berlangsung di Padang Astaka di Kemaman.

Bantuan banjir ini mencatatkan sejarah apabila produk berupa televisyen, peti sejuk, dapur, tilam dan bantal bernilai RM5,000 disumbangkan kepada setiap keluarga mangsa banjir di Terengganu.

Antara produk yang diterima mereka adalah peti sejuk yang disumbangkan Umno, televisyen sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta bantal dan tilam sumbangan Kelab Putera 1Malaysia.

Selain itu, kesemua 19,205 keluarga yang terlibat dengan banjir di Terengganu turut menerima bantuan wang tunai RM500 daripada kerajaan pusat dan RM1,500 daripada kerajaan negeri.

Najib seterusnya melahirkan rasa terharu dengan jumlah kehadiran yang begitu ramai sehingga mencecah hampir 20,000 orang pada majlis itu dalam keadaan cuaca mendung dan hujan renyai.

Yang turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.


Bagaimanapun, pada masa yang sama pengundi mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri ke daerah Kemaman.

Mereka mengucapkan terima kasih dan yakin pemberian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir oleh Najib adalah daripada kumpulan wang kerajaan , wang Umno dan Barisan Nasional (BN).