Tuesday, December 3, 2013

Raja Baharin keliru dalam isu Sabasun

Raja  Bahrin dilihat keliru atau bermain politik dengan mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri dibawah pimpinan Umno yang dituduh  banyak melanggar peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan.


Perkara yang jelas sebelum ini ialah isu keruntuhan Stadium Sultan Mizan apabila semua pihak menuding jari kepada agensi kerajaan yang bertanggung jawab mengawal selia, namun beliau yang merupakan seorang arkitek bagi projek itu siang-siang lagi mendapat surat daripada badan profesional berkenaan yang mengatakan  beliau tidak berkaitan dalam keruntuhan itu.

Dalam isu Sabasun, beliau menjadi jaguh dan telah bawa perkara itu ke parlimen, Beliau sendiri telah membawa isu ini ke parlimen. Dan beliau dikatakan  telah menekan habis-habisan kementerian yang berkenaan,

“(saya persoalkan) kenapakah Sabasun diberi layanan sedemikian rupa?,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu yang dianggapnya penganiyaan kerajaan negeri Terengganu terhadap pasaraya Sabasun, walaupun sebagai seorang Arkitek beliau harus lebih faham terhadap isu-isu perundangan dan keselamatan dalam pembinaan bangunan dan harus menghormati Pihakberkuasa Tempatan dalam urusan berkenaan.

Beliau berkata “kalau tengok (di) Terengganu, Mydin ada, Giant ada, Sabasun ada, kalau 350,000 kali 3 , sudah 1 juta orang lebih, lebih kurang sama dengan kuantiti penduduk negeri Terengganu,”

Beliau melahirkan rasa hairan, mengapa kerajaan Terengganu memberikan kelulusan pembinaan pasaraya-pasaraya ini, selepas Sabasun memulakan perniagaan.

Sebenarnya perbandingan Sabasun sebuah kedai runcit dengan Mydin dan Giant bertaraf supermarket adalah tidak bertepatan serta tidak kena pada tempatnya.

Sebagaimana disahkan  Datuk Bandar, Sabasun hanyalah sebuah kedai runcit sahaja dan bukannya merupakan sebuah Supermarket. Supermarket adalah bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Sekiranya Sabasun sebuah supermarket, MBKT sepatutnya sudah tidak lagi melesenkan Sabasun kerana sudah diluar bidang kuasa mereka.

Sebenarnya bangunan Pasaraya Maidin dibina zaman pemerintahan kerajaan PAS di Terengganu, mengambil kesempatan atas tanah kosong diambil balik dan siap ditambun lagi semasa pemerintahan UMNO untuk projek kerajaan. Kroni telah mendapat kontrak bina bangunan Maidin itu.

Jika benar pembangkang simpati kepada Sabasun, kenapa tidak ditawarkan saja tanah itu kepada Sabasun semasa berkuasa dulu? sebaliknya ditawarkan kepada Maidin. Mungkin semasa itu Sabasun belum lagi menjadi  kroni mereka. 

Mengenai keperluan 350,000 penduduk bagi sebuah pasaraya sebagaimana dakwaan  Raja Baharin, ia hanyalah hanya satu  garis panduan sahaja, bukanlah satu Undang-Undang yang mandatori yang mana faktur-faktur lain juga diambil kira.

Sekiranya Raja Baharin dan pembangkang  sudah mengiktiraf  Sabasun sebuah Pasaraya, MBKT perlulah meminta Sabasun merujuk lesen itu kepada Kerajaan Pusat, bukan lagi kepada Pihakberkuasa Tempatan.

No comments:

Post a Comment