Friday, December 6, 2013

Jangan percaya khabar angin lepas air empangan


Berita air di empangan akan dilepaskan hanya khabar angin.


Polis hari ini meminta orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan melalui media sosial kononnya air akan dilepaskan dari empangan di negeri-negeri yang sedang dilanda banjir.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebaliknya menasihatkan orang ramai agar mendapatkan maklumat tepat mengenai kejadian banjir daripada sumber yang sah.“Media sosial boleh dibaca, tetapi jangan percaya bulat-bulat…dengar daripada sumber yang sah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Khalid pengumuman mengenai banjir akan dilakukan pihak berkuasa dan media arus perdana.
Beliau turut menasihatkan mangsa banjir supaya mematuhi arahan polis, pasukan bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam sekiranya diarah untuk berpindah.

Sudah menjadi kelaziman di Terengganu, apabila berlaku banjir besar, ada sekumpulan masyarat yang tidak berilmu membuat andaian mereka kepada masyarakat bahawa banjir itu berpunca daripada pelepasan air dari Tasik Kenyir.
 

No comments:

Post a Comment