Wednesday, May 21, 2014

Apa kah Ahmad Razif perkecilkan Rozi ?

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan tidak mempunyai masalah jika jawatan itu diberikan kepada orang lain.

“Yang mustahak ialah kita bersama (memperjuang parti). Tak ada masalah. Maknanya, andai kata dilantik sesiapa sahaja menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri hatta Yang Berhormat Rozi (Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat) sendiri pun, kita akan bekerjasama.

“Kita perlukan perpaduan dalam saat-saat begini, lebih-lebih lagi dalam keadaan Terengganu sekarang 17-15 (Barisan Nasional 17 kerusi dan pembangkang 15 kerusi Dewan Undangan Negeri). Jadi, komitmen saya kepada Presiden ialah bagi memastikan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan lebih baik daripada yang sebelum ni," katanya.

Beliau mengulas cadangan yang diutarakan oleh Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia, Ahad lalu yang mengaitkan nama Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai calon yang sesuai untuk jawatan tersebut. (UM)


No comments:

Post a Comment