Wednesday, January 15, 2014

Ahmad Said Tidak Perlu Berdebat, Dakwa Banjir Di Kemaman Berkebetulan Rakyat Pilih Pakatan Di DUN Cukai.


“Hari ini juga ramai orang  memberitahu bahawa ucapan MB Terengganu tidak menyeleweng kerana memang banjir terburuk berlaku semasa Pas menang di DUN Kijal. "
- Pengundi DUN Chukai,  Hanifa Mat Amin

Benarlah Menteri Besar Terengganu ada menyebut ‘kebetulan pembangkang menanglah di Kemaman maka banjir besar berlaku’?


Kemaman dilanda banjir besar baru-baru ini di mana 80 peratus daripada buminya ditenggelami air. Ia disifatkan sebagai kejadian pertama dalam sejarah daerah itu.



Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan bantuan kepada 19,205 mangsa banjir di negeri ini yang disifatkan sebagai bantuan luar biasa di majlis yang berlangsung di Padang Astaka di Kemaman.

Bantuan banjir ini mencatatkan sejarah apabila produk berupa televisyen, peti sejuk, dapur, tilam dan bantal bernilai RM5,000 disumbangkan kepada setiap keluarga mangsa banjir di Terengganu.

Antara produk yang diterima mereka adalah peti sejuk yang disumbangkan Umno, televisyen sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta bantal dan tilam sumbangan Kelab Putera 1Malaysia.

Selain itu, kesemua 19,205 keluarga yang terlibat dengan banjir di Terengganu turut menerima bantuan wang tunai RM500 daripada kerajaan pusat dan RM1,500 daripada kerajaan negeri.

Najib seterusnya melahirkan rasa terharu dengan jumlah kehadiran yang begitu ramai sehingga mencecah hampir 20,000 orang pada majlis itu dalam keadaan cuaca mendung dan hujan renyai.

Yang turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.


Bagaimanapun, pada masa yang sama pengundi mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri ke daerah Kemaman.

Mereka mengucapkan terima kasih dan yakin pemberian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir oleh Najib adalah daripada kumpulan wang kerajaan , wang Umno dan Barisan Nasional (BN).


No comments:

Post a Comment